PM Anwar santuni peserta, orang awam selepas sambutan Hari Kebangsaan

Datuk Seri Anwar Ibrahim memecahkan suasana dan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Dataran Putrajaya, di sini apabila berkesempatan menyantuni para petugas perarakan dan orang awam.

Kemesraan itu ditonjolkan Perdana Menteri sebagai terjemahan ucapan terima kasih kepada peserta perarakan, artis budaya dan peserta teres manusia dari Kementerian Pendidikan yang berada di hadapan pentas utama.

Anwar memecahkan protokol itu dengan menyantuni peserta sambutan itu sejurus Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berangkat meninggalkan majlis sambutan.

Pada masa sama, Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berjalan kaki sejauh 50 meter di Dataran Putrajaya dan menyantuni orang awam yang berada di ruang penonton kira-kira 10 minit.

Majlis sambutan berkenaan tamat sekitar pukul 10 pagi tadi.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*