Malaysia akan membina sebuah sekolah, hospital, dan masjid sebagai usaha permulaan dalam membantu membangunkan semula Gaza, Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pembinaan semula itu akan dijalankan melalui kolaborasi antara rakyat Malaysia dan sektor swasta.
“Ia sebagai usaha kita, pengorbanan masyarakat dan rakyat. Mudah-mudahan Allah memelihara kita dan menjamin keselamatan Gaza dan Palestin,” katanya menerusi rakaman video hari ini.
Anwar berkata usaha pembangunan semula Gaza ini juga melibatkan kerjasama antara Kerajaan Jepun dan Malaysia, yang berhasrat menubuhkan serta melancarkan dana melalui program Asia Timur.
Pada 18 Jan lepas, Anwar dilaporkan berkata pembangunan semula Gaza yang hampir musnah akibat serangan Israel sejak Oktober 2023, dijangka menelan kos lebih US$1 trilion.
Beliau berkata jumlah yang besar diperlukan kerana kemudahan seperti masjid, sekolah, hospital dan rumah telah musnah.
Menurut Anwar, Jepun telah mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama dalam Persidangan mengenai Kerjasama antara Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD), yang memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.
Baca juga :
Mak suruh kahwin awal, suami cuma balik tuntut nafkah batin… Wanita kongsi kisah sedih
Mak suruh kahwin awal, suami cuma balik tuntut nafkah batin… Wanita kongsi kisah sedih
Isteri ‘takut’ tengok suami tiba-tiba solat, syak berlakon jadi baik
Leave a Reply