Pistol milik Maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte dilelong RM8.6 juta

Dua pucuk pistol yang pernah dimiliki Maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte, dilelong pada harga €1.69 juta (RM8.6 juta), lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Pistol dihasilkan oleh pembuat senjata dari Paris, Louis-Marin Gosset itu dilelong oleh firma lelongan Osenat kelmarin.

Senjata itu bertatahkan emas dan perak serta memaparkan ukiran imej Napoleon sendiri.

Jurulelong Osenat, Jean-Pierre Osenat berkata, imej Napoleon yang berada pada waktu paling sukarnya turut dijual bersama pistol tersebut.

Napoleon dikatakan ingin menggunakan pistol tersebut untuk menamatkan riwayatnya pada malam 12 April 1814 selepas kekalahan askarnya di tangan tentera musuh.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*