Pinjaman rumah suami isteri, siapa bayar jika bercerai? Ini penjelasannya

Pinjaman rumah suami isteri, siapa bayar jika bercerai? Ini penjelasannya.

Memiliki rumah bersama pasangan adalah sesuatu perkara yang bahagia, tetapi apa akan jadi pada pinjaman rumah tersebut jika suami isteri bercerai?

Masalah tersebut akan diselesaikan mengikut kata sepakat bersama atau mengikut undang-undang negara kita.

Tiada siapa yang boleh menentukan berapa panjang jodoh sesebuah pasangan tersebut. Perpisahan boleh berlaku sama ada dengan kematian atau perceraian. Apabila perpisahan berlaku, maka timbullah masalah mengenai tuntutan harta sepencarian.

Masalah tuntutan harta sepencarian ini sangat rumit apabila melibatkan dengan pasangan yang bercerai. Dalam entri kali ini, kami akan kongsikan dengan anda mengenai pinjaman rumah suami isteri, siapa bayar jika bercerai?

Jom ketahui situasi bayaran bagi peminjam perseorangan dan juga pinjaman bersama.

1. Peminjam Perseorangan

Mengikut undang-undang di negara kita, untuk hartanah yang hanya seorang pemilik sahaja yang meminjam, ianya tidak bermakna penama tersebut yang berhak mendapatkannya. Jadi, walaupun hanya seorang sahaja penama yang terdapat dalam geran tersebut, kedua-dua pihak berhak untuk pemilikan ke atas harta tersebut. Kita ketahui dengan undang-undang ini, ramai yang tidak berpuas hati terutamanya bagi pihak peminjam.

Walaupun kita tahu bahawa penama tersebut yang membayarnya, namun sudah termaktub di dalam undang-undang bahawa harta tersebut haruslah dibahagikan sama rata terhadap bekas pasangan. Di negara kita, terdapat 90 peratus pasangan yang bercerai akan menjual harta yang dimiliki kemudiannya mendapatkan kesemua wang jualan tersebut.

Perlu anda tahu bahawa cara tersebut adalah salah. Ini kerana walaupun pasangan itu tidak membuat pinjaman tetapi namanya ada dalam geran maka beliau berhak secara sah ke atas harta tersebut.

Rela ataupun tidak, pendapatan daripada hasil jualan tersebut hendaklah dibahagikan sama rata dengan pasangan walaupun beliau tidak membuat pinjaman. Selain itu, segala kos yang berkaitan haruslah ditanggung bersama dan tidak meminta pihak pasangan menanggung kos tersebut secara bersendirian.

2. Peminjam Bersama

Bagi hartanah yang kedua-duanya adalah peminjam maka mereka berdua juga berhak ke atas hartanah tersebut. Ia haruslah mengikut bahagian masing-masing dan sama rata dalam pembahagian hartanah tersebut.

Turut baca

Apabila berlaku perceraian, jarang timbul masalah yang besar sekiranya pemilik harta tersebut adalah peminjam bersama kerana kedua-dua pihak membuat pinjaman bersama untuk hartanah tersebut.

Namun kontroversi akan terjadi sekiranya salah seorang peminjam membuat lebih banyak pinjaman daripada bekas pasangannya. Untuk memudahkan anda memahami situasi ini, mari kami berikan satu contoh situasi kepada anda:

Harga sebuah rumah adalah sebanyak RM 600,000. Bekas suami telah membuat pinjaman sebanyak RM 400,000 dan bekas isteri pula membuat pinjaman sebanyak RM 200,000.

Di sini kita lihat bahawa pinjaman bekas suami adalah lebih banyak daripada pinjaman bekas isteri dan secara logiknya bekas suami akan mendapat lebih banyak pendapatan daripada hasil jualan tersebut.

Namun mengikut undang-undang, jika harta tersebut dijual, kedua-duanya akan mendapat jumlah yang sama rata di antara satu sama lain tanpa mengira jumlah pinjaman pasangan masing-masing. Disebabkan inilah, ramai pasangan yang tidak berpuas hati dengan apa yang dikeluarkan oleh undang-undang Malaysia di bawah Seksyen 76 (1) Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian) 1976.

Akhir kata, selalunya kebanyakan pasangan akan menjual rumah tersebut daripada menentukan siapa yang bayar kerana akan mendatangkan ketidakpuas hati kepada pihak sebelah. Namun, ada juga segelintir pihak yang membeli bahagian hak pasangan mereka yang kemudiannya dibiayai semula mengikut kemampuan pemiliknya.

Oleh itu, apa yang terbaik semasa membuat pinjaman perumahan, pastikan anda membuat surat perjanjian pemilikan bersama untuk mengelakkan berlakunya sebarang masalah sekiranya terjadinya perceraian.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*