PHBN berjaya kekal wang pertaruhan, 18 calon PN, 19 MUDA ‘berputih mata’

PHBN berjaya kekal wang pertaruhan, 18 calon PN, 19 MUDA ‘berputih mata’.

Seramai 96 calon yang bertanding kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri semalam, terpaksa “berputih mata” apabila kehilangan wang deposit masing-masing.

Situasi itu menyaksikan semua calon daripada Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) terpaksa melepaskan kesemua deposit mereka apabila kecundang dalam cubaan merebut tempat di 20 DUN yang ditandingi parti itu.

Sementara Perikatan Nasional (PN) pula menyaksikan 18 calon mereka hilang deposit, seperti infografik dikongsi pengguna media sosial.

PHBN berjaya kekal wang pertaruhan, 18 calon PN, 19 MUDA 'berputih mata'

Manakala Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) pula berjaya mengekalkan wang pertaruhan mereka.

Setiap calon yang bertanding akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.

Untuk rekod, bagi undi popular keseluruhan pada PRlmarin, PH-BN berjaya peroleh 3,399,472 undi manakala PN meraih 3,382,466.

Undi kepada Kerajaan Perpaduan lebih 17,006 berbanding PN.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*