Pesawat SAM Air terhempas, tiga kru, seorang penumpang terkorban

Seramai tiga kru dan seorang penumpang penerbangan SAM Air terbunuh apabila pesawat berkenaan terhempas di kawasan sawah padi dekat Lapangan Terbang Bumi Panua Pohuwato dalam wilayah Gorontalo hari ini, lapor saluran berita CNN Indonesia.

“Benar, seramai empat orang terbunuh apabila pesawat itu terhempas,” kata pegawai di Pejabat Pencarian dan Pertolongan Gorontalo, Heriyanto.

CNN Indonesia menyiarkan badan pesawat digenangi air dan lumpur di lokasi nahas, manakala bahagian depan termasuk muncung pesawat hancur.

Pesawat dengan nombor pendaftaran PK SMH itu berlepas dari Lapangan Terbang Djalaluddin menuju Lapangan Terbang Bumi Panua Pohuwato.

Bagaimanapun, sekitar pukul 7.03 pagi(waktu tempatan), kapal terbang membawa tiga kru dan seorang wanita itu dilaporkan terputus hubungan dan terhempas.

Pasukan gabungan mencari dan menyelamat(SAR) yang dikerahkan ke lokasi nahas menemukan empat mangsa dalam keadaan tidak bernyawa.

Turut baca :

“Empat korban meninggal dunia.di lokasi kejadian terdiri daripada juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera dan seorang penumpang.

“Semua mayat mangsa telah dibawa keluar,” jelas Heriyanto.

Punca nahas masih belum diketahui. – AGENSI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*