Pesan Menu RAHMAH melalui Foodpanda

Berita baik buat rakyat Malaysia, Foodpanda menjadi platform perintis yang menawarkan Inisiatif Payung RAHMAH.

Lebih menarik, usaha ini dilaksanakan bersama 20 jenama restoran dengan 238 outlets seluruh negara.

Pesan sahaja set Menu RAHMAH untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam menerusi aplikasi atau laman web Foodpanda.

Menu RAHMAH turut ditawarkan buat semua kaum, ada pelbagai pilihan makanan Halal dan ada juga yang non-Halal.

Pakej RAHMAH juga menawarkan barangan runcit berharga antara RM30 hingga RM50.

Walaupun dibeli melalui online, harganya tetap RAHMAH, daripada RM5 dan ke bawah (tidak termasuk caj penghantaran).

Semoga perkhidmatan Foodpanda ini memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati faedah Inisiatif Payung RAHMAH bersama keluarga dan kawan-kawan.

RAHMAH untuk Malaysia MADANI

Datuk Seri Salahuddin Ayub
Menteri KPDN

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*