Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah individu yang mempertikaikan keputusan penukaran cuti hujung minggu negeri tersebut boleh berpindah ke negeri lain yang masih bercuti pada Jumaat dan Sabtu.
Titah Tunku Ismail, baginda tidak mahu ada pihak menggunakan isu tersebut untuk kepentingan peribadi serta melaga-lagakan rakyat.
“Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu,”titah baginda.
Tuanku Ismail bertitah, ada beberapa negeri masih kekal bercuti hari Jumaat dan Sabtu.
“Dalam mempertimbangkan isu berkaitan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak, kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri Johor.
“Ini seterusnya akan membawa keuntungan kepada negeri dan rakyatnya,”titahnya.
Titah baginda lagi, keputusan itu juga dibuat dengan izin dan restu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, Kerajaan Negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat.
“Maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad,”titah baginda.
Turut baca :
Leave a Reply