Persenda upacara Thaipusam kavadi, Malaysia Hindu Sangam terima permohonan maaf 3 Dj Era FM

Malaysia Hindu Sangam (MHS) menerima permohonan maaf tiga penyampai radio Era FM, berhubung video yang dikatakan mempersenda upacara Thaipusam kavadi.

Berikutan kritikan yang meluas, tiga penyampai terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui tindakan mereka itu tidak sensitif, yang menyaksikan laporan polis dibuat dan siasatan dibuka.

MHS, yang merupakan badan tertinggi bagi penganut Hindu, beritahu FMT bahawa pihaknya sedia menerima permohonan maaf sekiranya Radin Amir Affendi Ahmad Aruani, Azad Jasmin, dan Nabil Ahmad ikhlas.

Namun video tersebut telah menyinggung maka tindakan perlu diambil, katanya.

“Jika mereka benar-benar insaf atas kesilapan mereka dan mengambil pengajaran, dan mereka ingin memohon maaf dengan sepenuh hati, kami menerima permohonan maaf mereka.

“Kami pasti terima permohonan maaf mereka tetapi mereka masih perlu menghadapi akibatnya,” kata Presiden T Ganesan.

Ganesan berkata dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, isu sebegitu perlu ditangani dengan penuh sensitiviti dan berhati-hati.

Beliau juga berharap kejadian itu menjadi pengajaran kepada semua rakyat untuk tidak mempersendakan mana-mana agama.

Semalam, ketika tiga penyampai terbabit memohon maaf di kompleks kuil Batu Caves, ahli jawatankuasa kuil Sivakumar Nadarajah berkata tindakan mereka tidak boleh dimaafkan.

Polis sudah merujuk kertas siasatan kes ini ke Jabatan Peguam Negara.

Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*