Persatuan Haiwan Malaysia ‘tawar’ RM3,000 jejak lelaki lapah kucing

Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan RM3,000 bagi mana-mana saksi yang boleh memberikan maklumat berkaitan tindakan kejam seorang lelaki melapah kulit seekor kucing.

Menerusi video dan gambar yang dikongsikan persatuan tersebut di Facebook hari ini, lelaki terbabit dilihat seperti warga asing ekoran dialek bahasanya.

“Lelaki yang sedang melapah kucing ini dipercayai berbangsa Myanmar dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan pelat warga asing.

“Ganjaran RM3,000.00 ditawarkan kepada saksi yang menyalurkan maklumat dan boleh mengesahkan kejadian hingga tertangkapnya pelaku dan dapat dibuktikan bersalah dan dijatuhi hukuman,” katanya.

Dalam pada itu, pihak persatuan turut meminta saksi untuk tampil berkongsi maklumat agar siasatan lanjut dapat dilakukan.

“Sahabat, saudara, kenalan, jiran atau sesiapa sahaja di negara ini yang pernah lihat lelaki yang sedang lapah kucing ini mohon salurkan maklumat lengkap kepada Persatuan Haiwan Malaysia (0146345464) supaya satu laporan rasmi dapat diajukan kepada pihak berkuasa.

“Satu siasatan menyeluruh mengenai pembunuhan kucing ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti kaedah mematikan kucing dan niat mematikan kucing sama ada ia bertujuan untuk dijadikan makanan atau bertujuan suka-suka,

“Jika siasatan mendapati kucing sengaja dibunuh dan untuk tujuan konten media sosial. Pelaku perlu ditangkap, disiasat secara menyeluruh, seterusnya dihadapkan ke muka pengadilan,” tegasnya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*