Pernah tak percaya lelaki, akhirnya Mas Idayu ‘lentok’ dibahu suami

Pernah tak percaya lelaki, akhirnya Mas Idayu ‘lentok’ dibahu suami.  Penyanyi dangdut Mas Idayu gagal mengawal air mata sebelum suaminya, Muhamad Sufian Isa, 51, melafazkan akad pada majlis pernikahan, pada Jumaat pagi.

Menurut Mas Idayu, 50, dia bersyukur apabila akhirnya Allah SWT kabulkan doa dengan menyatukan hatinya dengan Penerbit Eksekutif TV3.

Kata Mas Idayu, dia mula rasakan perasaan sunyi sejak dua tahun kebelakangan ini.

Selepas 17 tahun hidup sendiri, saya tak percaya dengan mana-mana lelaki. Dua tahun lepas, saya berdoa setiap malam, saya ada rasa sunyi dan rasa nak ada teman hidup. Alhamdulillah, Allah kabulkan.

Sekarang, saya dah ada teman untuk mengadu serta luahkan apa sahaja yang saya rasa, baik hal peribadi, mahupun kerja. Ada orang untuk saya berkongsi cerita.

Pelantun lagu Selangit berkata demikian sejurus usai majlis akad nikah yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall.

Ditanya tentang keperibadian suami yang menyebabkan dia jatuh hati, pemilik nama Mas Idayu Mesnun menyatakan Sufian seorang yang sangat lucu.

Walaupun wajahnya kelihatan serius, tapi dia sebenarnya kelakar. Ketika borak berdua, kadang-kadang kami tergelak sebab apa yang dibualkan menjadi lucu.

Mungkin juga sebab dia pernah mengendalikan program komedi untuk tempoh masa yang lama. Jadi memang tak sangka.

Mas Idayu dan Sufian dinikahkan oleh Imam dan penolong pendaftar nikah masjid jamek Kg Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid dengan mas kahwin RM1,001, kira-kira jam 10.40 pagi.

Terdahulu, Mas Idayu yang mesra dengan panggilan ‘mommy’ pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*