Perlumbaan menawan Putrajaya kian rancak, pimpinan tertinggi PH, BN bertemu di hotel di KL. Perlumbaan menawan Putrajaya, semakin rancak dengan kedua-dua Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional. Muhyiddin Yassin masing-masing mendakwa mereka mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.
Yang di-Pertuan Agong telah memberikan mereka tempoh sehingga jam 2 petang ini untuk membuktikan dakwaan mereka.
Malaysiakini membawa kepada anda, berita-berita terkini, tepat mengenai apa yang berlaku.
Pimpinan tertinggi PH, BN bertemu di hotel di KL
9.45am: Beberapa pimpinan tertinggi PH dan BN dilihat berada di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Mereka ialah Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Delegasi dari Amanah juga berada di sini terdiri daripada presiden Mohamad Sabu, timbalannya Salahuddin Ayub dan ketua menteri Melaka, Adly Zahari.
Mereka dijangka mengadakan mesyuarat hari ini mengenai penubuhan kerajaan baru.
12 pusat pengundian dibuka di Parlimen Baram
8.30am: Pengundian bagi kerusi parlimen Baram diteruskan hari ini di 12 pusat mengundi.
Memandangkan pusat pengundian ini terletak luar bandar dengan jumlah pengundi yang tidak ramai, pengundian akan tamat pada 12.30 tengah hari kecuali di SK Long Luteng (2 petang) dan SK Long Moh (1 tengah hari).
Pada Sabtu lalu, proses pengundian di 11 daripada 194 pusat mengundi di Baram ditangguhkan akibat cuaca buruk.
RH TK John Jau Wan di Long Semiang merupakan pusat mengundi tambahan.
Penyandang Anyi Ngau (GPS) berdepan dengan Rolang Engan (PH) dan Wilfred Entika (IND).
Jangan sertai mana-mana gabungan, kata Shahril
7.20am: Bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata BN tidak sepatutnya menyertai mana-mana gabungan.
Dalam catatan di Facebook malam tadi, Shahril berkata BN tidak mempunyai pendirian moral untuk menyertai mana-mana kerajaan selepas kekalahannya pada PRU15.
Sebaliknya, Shahril berkata, BN harus kekal sebagai pembangkang dan hanya memberikan “sokongan teknikal” supaya lantikan perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong dapat dilaksanakan.
BN dan Umno berada di persimpangan dan berisiko berpecah kepada dua kumpulan, dengan kem Ahmad Zahid Hamidi didakwa cenderung kepada PH, manakala kem Ismail Sabri Yaakob cenderung kepada PN.
Kosmo, memetik sumber, melaporkan 20 daripada 30 ahli Parlimen BN akan menyokong PN, manakala hanya 10 ahli parlimen yang bersedia menyokong PH.
Bekas peguam negara Tommy Thomas berkata, dalam satu kenyataan, memandangkan PH memenangi kerusi dan undi terbanyak, ia harus diberi peluang dahulu untuk membentuk kerajaan.
Turut baca :
Leave a Reply