Perbuatan curang seorang suami akhirnya terbongkar selepas isterinya melihat perbualan ‘jijik’ suaminya bersama wanita lain di aplikasi WhatsApp.
Lebih mengejutkan, apabila suaminya itu juga bertindak bijak dengan menukarkan nama kenalan kepada nama lelaki ‘Wan Aircond Man’ bagi mengelakkan dirinya terkantoi.
Bukan itu sahaja, menurut perkongsian di kumpulan Cinta Suami Isteri di Facebook, suaminya itu juga turut membelikan sebuah rumah kondominium di tingkat 16 buat wanita simpanannya itu.
“Punya cantik rumah kau beli untuk perempuan simpanan kau. Tingkat 16 lagi. Patutlah selalu balik lewat. Bagi alasan jumpa kawanlah, ‘client’ lah.
“Aku buka WhatsApp satu-satu, siap ada gambar ‘sweet-sweet’ atas katil, sebab tu dia kasi on ‘disappearing message’ dekat WhatsApp. Tapi dia silap, dia tak padam perbualan dari 23 haribulan,” luahnya.
Dia mula curiga dengan suaminya itu selepas bercuti bersama di Kalimantan. Menurutnya, suaminya kelihatan resah dan gelisah seperti mahu ‘gila’ disebabkan tiada ‘line’ di sana.
“Ingat gelisah pasal kerja atau sebab ‘line’, rupa-rupanya gelisah sebab tak dapat nak hubungi perempuan simpanan dia,” luahnya.
Wanita itu turut meluahkan rasa tidak percaya, apabila dia juga ditipu hidup-hidup oleh suami sendiri.
“Dulu selalu nampak dekat media sosial, isteri mengadu suami ‘stay’ dekat ‘parking’ sampai setengah jam, sekarang aku faham kenapa, dia sibuk ‘report’ dekat perempuan simpanan dia,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberi kata-kata semangat untuk wanita berkenaan.
“Bertabahlah akak, penyondol selalu muka hauk, perangai pun hauk, saya doakan akak kuat,” komen Syahirah.
Perkongsian itu menjadi tular di aplikasi Facebook sehingga meraih tanda suka sebanyak 4,100, 1,796 perkongsian dan 1,500 komen.
Leave a Reply