‘Perangi rasuah’ antara 10 tawaran utama PH jika menang PRU15

‘Perangi rasuah’ antara 10 tawaran utama PH jika menang PRU15. Pakatan Harapan (PH) memberi 10 tawaran utama Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memulihkan Malaysia dan membina ekonomi masa depan.

Majlis pelancaran 10 tawaran PH itu diadakan di sebuah hotel di sini pada Rabu.

10 keutamaan tawaran itu akan segera direalisasikan sebaik PH memperoleh mandat daripada rakyat pada PRU15.

“Tawaran itu juga bermatlamat menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh melalui pertumbuhan ekonomi, memulihkan keyakinan umum menerusi pentadbiran beramanah serta menyediakan negara untuk mendepani pelbagai cabaran masa depan,” menurut PH dalam satu kenyataan hari ini.

Berikut 10 keutamaan tawaran PH:

1. Tangani isu kos sara hidup
2. Perangi Rasuah dan Kukuhkan Institusi Demokrasi
3. Perkasa Peluang Ekonomi Belia dengan Terokai Sektor Manusiawi
4. Selamatkan generai tercicir dalam pendidikan
5. Bina ketahanan bencana dan mantapkan perlindungan
6. Tangani isu doktor kontrak dan menjamin
7. Hapuskan isu ketaksamaan gender dan memperkasa sosiekonomi wanita
8. Perkasa wilayah Sabah dan Sarawak
9. Tingkatkan daya saing setiap rakyat Malaysia
10. Pelihara khazanah alam demi anak cucu kita

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*