Peralihan kuasa : Amaran pada semua, jangan buat kacau – KPN. Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menimbulkan kekacauan yang boleh mengganggu proses peralihan kuasa pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, proses pembuangan undi di seluruh negara berjalan lancar dan PDRM akan terus memastikan ketenteraman awam terkawal pasca PRU15.
“PDRM menyeru dalam tempoh pasca PRU15 ini, tiada mana-mana pihak cuba menimbulkan perkara yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam.
“PDRM terus bersedia dalam menghadapi fasa pasca PRU15 dan tempoh pembentukan kerajaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Acryl Sani berkata, semua elemen telah digerakkan bagi memastikan fasa peralihan kuasa berjalan dengan lancar dan pada masa sama memastikan keselamatan awam terjamin.
“PDRM akan mengambil tindakan tegas bagi menangani tindakan mana-mana pihak yang dikesan cuba mengancam tahap keselamatan negara,” tegas beliau.
Turut baca :
Leave a Reply