Penumpang berdepan detik cemas, ular melingkar dalam gerabak kereta api

Beberapa penumpang berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular melingkar di dalam gerabak sebuah kereta api di India, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Rakaman yang tersebar luas di media sosial memaparkan reptilia itu membelit badannya pada palang besi.

Kejadian berlaku di dalam kereta api penumpang Garib Rath Express yang menuju ke bandar Mumbai dari Jabalpur.

Orang ramai mula panik selepas seorang penumpang memaklumkan bahawa dia melihat ular itu di koc bernombor G17.

Menurut beberapa laporan, ular itu kemudian berjaya ditangkap dan dibawa keluar dari kereta api tersebut. – AGENSI

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*