Penulis blog, Wan Azri Wan Deris ditahan polis pagi ini dipercayai untuk siasatan berkait kes menipu dan aktiviti pengubahan wang haram.
Peguamnya Rafique Rashid Ali, mengesahkan Wan Azri ditahan dan disiasat Bukit Aman kerana menipu dan kesalahan berkaitan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla).
Katanya, Wan Azri juga disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, dan boleh dihukum penjara hingga 10 tahun, sebat, dan denda jika sabit dengan kesalahan.
Difahamkan, siasatan itu berkait dengan satu laporan yang dibuat seorang menteri pada Julai lalu.
Rafique berkata lapan anggota polis datang dan menahan Wan Azri di rumahnya kira-kira 1.30 pagi tadi.
“Polis mendapat perintah tahanan reman selama sehari untuk membantu siasatan,” katanya.
Baca juga :
Leave a Reply