Penjara nafi Najib terima layanan VIP

Penjara nafi Najib terima layanan VIP. Hangat diperkatakan oleh warganet ketika ini bahawa bekas Perdana Menteri, Najib Razak diberi layanan istimewa sepanjang tempoh penahanannya di Penjara Kajang bermula semalam.

Khabar angin itu kemudiannya mendapat perhatian Jabatan Penjara Malaysia dan pihaknya sekaligus menafikan dakwaan tersebut.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu mereka di laman Facebook.

Dalam masa sama, mereka juga menggesa orang ramai agar berhenti menyebarkan berita palsu berkaitan perkara tersebut.

Menerusi hantaran yang tular, pengguna Facebook itu mendakwa sel bagi VIP diberikan kemudahan seperti televisyen, internet, buku, penghawa dingin, katil dan tilam.

Untuk rekod, semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Susulan itu, Najib dibawa ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman berkenaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*