Peniaga tawar sewa tayar lori untuk pemeriksaan Puspakom undang kecaman ramai

Tindakan sebuah bengkel menawarkan perkhidmatan sewa tayar lori bagi melakukan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Bermotor (Puspakom) mendapat kecaman ramai.

Menerusi perkongsian di Facebook Lando Zawawi, terdapat beberapa bengkel lain yang secara terbuka mempromosikan perkhidmatan berkenaan di media sosial.

“Tahukah kalian 5,000 kematian pengguna jalan raya melibatkan 825 lori hanya dalam 10 bulan pertama tahun 2024?,” tulis Lando dalam hantaran berkenaan.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam sikap peniaga yang hanya memikirkan untung semata-mata tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Bayangkan yang buat ini terkena pada ahli keluarga mereka. Mereka memikirkan kepentingan diri sendiri demi mengejar keuntungan,” kata Mohd. Fitri.

“Minggu lepas hari Rabu, depan saya dua biji tayar lori tanah bahagian belakang tercabut, tergolek satu ke kiri satu ke kanan. Nasib baik tak kena dekat orang, saya syak skru pun dia sewa,” kata Aizad.

“Bagus sita kedai-kedai ini, tarik lesen niaga mereka. Benda sama macam ubah suai ‘tinted’ dan nombor kenderaan. Pergi serbu kedai yang jual, tak ada yang buat tak adalah yang pakai,” kata Shahril.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*