SHAH ALAM – “Allah mendengar doa kami dan penantian selama lima tahun ini berbaloi,”
Itu luahan Mohd. Amirul Azdi Md. Yusuf, 41, selepas rayuan saman berhubung kes anak lelakinya yang dipukul seorang bekas guru sebuah sekolah kebangsaan dengan penyapu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Menurutnya, dia sekeluarga menempuh pelbagai dugaan sejak insiden menimpa anaknya yang kini berusia 13 tahun.
“Selepas kejadian itu, anak saya yang ketika itu hanya berusia lapan tahun mengalami trauma dan dipinggirkan rakan-rakan sekolahnya selama dua tahun. Kami cuma mahu menuntut keadilan dan ia akhirnya berbalas dengan keputusan mahkamah sebentar tadi,” katanya sebak.
Tambah Mohd. Amirul Azdi, dia amat bersyukur dengan kemenangan itu yang diharapkan pihak keluarga sejak 2019 serta memaklumkan anaknya kini sedang melanjutkan persekolahan di sebuah sekolah di Johor.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang remaja berusia 13 tahun menang dalam samannya terhadap bekas gurunya selepas Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bayaran ganti rugi RM90,000.
Turut baca :
Leave a Reply