KEBIASAANNYA aktiviti luar seperti mendaki dibuat pada waktu awal pagi.
Namun, Aniq (bukan nama sebenar) lebih suka mendaki pada waktu senja untuk melihat suasana matahari terbenam.
Aniq bersama dua rakan baiknya iaitu Izham dan Faris biasanya mendaki bukit di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.
Namun, mereka berdepan satu kejadian yang menakutkan ketika mendaki sebuah bukit di Terengganu, hujung tahun lalu.
Semuanya bermula apabila tiga sahabat itu ditegur seorang pakcik tua bertongkat ketika sedang berada di kaki bukit.
“Adik nak naik lagi ke? Dah dekat Maghrib ni, baik turun cepat-cepat… bahaya,” pesan pakcik berjubah lusuh itu.
Ketika mendaki, mereka juga sempat berborak mengenai pakcik itu.
“Dari mana pakcik tu datang? Dah bertongkat pun gagah lagi berjalan,” kata Faris.
“Dia orang sini kot,” jawab Aniq ringkas.
Selepas sampai ke puncak, mereka menghabiskan kira-kira 40 minit untuk menerbangkan dron serta merakam foto matahari terbenam.
Pada pukul 8.30 malam, mereka mula bergerak turun namun jalan yang dilalui berakhir di tempat yang sama.
Selepas tiga kali mencuba, tiga sahabat itu mula berasa panik dan takut, malah mereka juga sudah kepenatan.
Kira-kira 10 minit selepas mereka duduk bertenang, Aniq kemudiannya bangun dan melaungkan azan sekuat hatinya.
Akhirnya, tiga sahabat itu dapat melalui jalan yang betul dan berjaya turun ke kaki bukit dan terus berlari masuk ke kereta.
Mereka akhirnya pulang ke chalet dalam keadaan ketakutan.
Selepas pulang ke Kuala Lumpur, mereka sekali lagi terkejut ketika sedang meneliti foto-foto dan video dari puncak bukit itu.
Salah satu foto menunjukkan kelibat pakcik tua yang ditemui mereka di kaki bukit, namun wajahnya kelihatan hancur dan menakutkan.
Sejak kejadian itu, mereka sudah serik untuk mendaki bukit pada waktu senja.
Baca juga :
Anggota polis dihantui detik hitam, pemuda tikam, sembelih ibu bapa depan mata
Anggota polis dihantui detik hitam, pemuda tikam, sembelih ibu bapa depan mata
Anggota polis dihantui detik hitam, pemuda tikam, sembelih ibu bapa depan mata
Leave a Reply