Pempengaruh wanita stres, nama ‘dipetik’, dituduh pasangan tak mahu anak’

Seorang pempengaruh wanita tertekan apabila dituduh sebagai pasangan ‘childless’ dalam video tular, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian pempengaruh tersebut di media sosialnya @miyabellsoz, mengakui dirinya dan suami tertekan selepas dituduh atas perkara yang tidak mereka lakukan.

Pempengaruh wanita stres, nama 'dipetik', dituduh pasangan tak mahu anak’

“Aku penat, aku sumpah penat kenapa nama aku pula terpalit, stresnya aku. Sekarang semua video kena ‘stalk’ dengan orang-orang ‘benak’ sebab ramai petik nama aku.

“Dah dua minggu kena benda ini, tapi semalam paling teruk tau. Sampai ‘screenshot’ (tangkap layar) ‘story Instagram’, ‘bodyshaming’ bagai. Kebanyakan yang serang tu, tak kenal saya pun, tak pernah nampak kandungan video saya.

“Fitnah hanya berdasarkan ‘suara macam sama’, ‘baju macam sama dalam video’ dan sebab saya selalu buat video dengan suami sambil duduk sebelah menyebelah,” jelasnya di hantaran tersebut.

Dalam hantaran berlainan di laman TikTok, pempengaruh tersebut menegaskan bahawa dirinya bukan individu yang dirakam dalam video tersebut.

“Saya bukan individu yang buat video tersebut. Saya tak pernah cakap anak membebankan dan saya seorang suri rumah sejak kahwin. Wanita tersebut ialah ‘career woman’, ada loghat utara dan saya tiada itu. Suara lain, pakaian pun lain.

“Saya takkan maafkan sesiapa yang petik, tuduh atau memfitnah saya di semua platform media sosial,” ujarnya.

Sebelum ini, tular sebuah video wawancara satu pasangan suami isteri muda yang berpendapat bahawa memiliki anak adalah suatu perkara yang membebankan dan mereka bahagia hidup berdua tanpa anak.

Susulan itu, netizen mula membuat andaian sendiri dan mencari siapa individu sebenar yang berani pengakuan sebegitu.

Netizen mula menghentam pempengaruh Miyabell, kerana beberapa persamaan seperti masih belum memiliki anak, namun dirinya menegaskan bahawa rumah tangganya belum direzekikan dengan anak disebabkan oleh masalah kesihatan yang dialaminya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*