
Seorang pempengaruh Tik tok, Ena Izzati meluahkan rasa terkejut dengan harga makanan di sekitar Johor Baharu apabila mendakwa jauh lebih mahal berbanding sangkaannya.
Menurutnya, dia yang baru berpindah dari Selangor ke Johor Bahru tidak pernah menyangka harga makanan seperti martabak ayam dan daging boleh mencecah sehingga RM10 sekeping.
“Dalam fikiran aku, ingat martabak di sini ‘standard’ orang jual RM7 hingga RM8 sekeping.
Rupanya, aku pergi bazar Ramadan semalam, nak menangis tengok harga sehingga tak terkata,” katanya dalam video tersebut.
Menerusi ruangan komen juga ramai yang menyuarakan pendapat yang sama mengenai video berkenaan.
“Memang tak dinafikan makanan dekat Johor Bahru mahal ye,” komen @MIN.
“Betul dan martabak kat sini tak sedap pun jika dibandingkan sebelah utara, kering sangat. Saya orang Johor memang tak suka martabak sini,” tambah @MummyAdah84.
“Johor punya kadar hidup memang gila, kalau Johor Bahru belah Batu Pahat masih okey la,” balas @AzhadFranx
Baca juga :
Leave a Reply