Pembeli terkejut ‘pressure cooker’ tiba di pintu rumah secara misteri selepas dua tahun

Seorang pengguna media sosial mengundang perhatian ramai selepas mendedahkan bahawa dia menerima bungkusan periuk tekanan (pressure cooker) yang telah dibatalkan tempahannya dua tahun lalu, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Lelaki bernama Jay itu dikatakan membeli periuk tekanan menerusi laman e-dagang, Amazon pada 2022.

Pesanan itu dibatalkan sejurus selepas pembelian dan dia turut menerima pemulangan bayaran.

Bagaimanapun, Jay terkejut apabila pesanan itu tiba di pintu rumahnya secara misteri selepas dua tahun.

Butiran penghantaran yang dimuat naik di platform X oleh akaun @thetrickytrade menunjukkan periuk tekanan itu dibeli pada 1 Oktober 2022 dan diterima pada 28 Ogos lalu.

Pembeli terkejut ‘pressure cooker’ tiba di pintu rumah secara misteri selepas dua tahun

“Terima kasih Amazon, kerana menghantar pesanan saya selepas dua tahun. Saya gembira selepas menunggu untuk tempoh yang lama. Pasti periuk tekanan yang sangat istimewa!” demikian menurut keterangan perkongsian itu secara sinis.

Hantaran itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

“Nampaknya penghantar barang mereka ‘tersekat’ dalam kesesakan lalu lintas,” kata seorang netizen.

“Periuk tekanan itu datang dari luar semesta, jadi ia mengambil masa dua tahun untuk sampai,” kata pengguna media sosial lain secara berseloroh.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*