Pemandu bawa 4 wanita dalam but kereta undang padah

Seorang pemandu di Wilayah Thai Nguyen didenda 4 juta dong (RM735) dan lesen memandunya digantung selama dua bulan selepas dia memandu sambil membawa beberapa wanita berada di dalam but keretanya.

Menurut portal berita VnExpress kelmarin, ketika kejadian, dia memandu bersama empat wanita duduk di dalam but kereta tersebut.
Pada Ahad lalu, satu rakaman video di media sosial menunjukkan sebuah kereta membawa empat wanita di dalam but,

Ketika itu, kenderaan tersebut melalui bandar Hoa Thuong di daerah Dong Hy.

Pemandu berusia 35 tahun itu berkata, wanita-wanita itu berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Katanya, mereka memakai pakaian basah selepas berenang.

Akibat takut bahagian dalaman kereta itu basah, mereka mengambil keputusan untuk duduk di dalam but.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*