Pelik tapi benar! Lima burung tidak boleh terbang, nombor 5 terpaling panjang umur

SECARA lumrahnya, antara ciri utama burung adalah berkemampuan untuk terbang tinggi. Namun sebenarnya, tidak semua spesies burung dicipta dengan kemampuan tersebut.

Walaupun mempunyai sayap, namun disebabkan tidak mempunyai ciri-ciri khas untuk terbang, spesies burung itu tidak mampu berbuat demikian.

Sebaliknya, burung-burung itu dicipta dengan kelebihan lain seperti berenang dan menyelam.

Sehubungan itu, CitaRasa pada minggu ini berkongsi lima jenis burung yang mempunyai sayap, namun tidak boleh terbang.

1- Weka

WEKA mempunyai empat spesies dan semuanya tidak boleh terbang, walaupun mempunyai sayap seperti kebanyakan burung lain.

Pelik tapi benar! Lima burung tidak boleh terbang, nombor 5 terpaling panjang umur

Bersaiz 50 sentimeter panjang, burung ini mempunyai paruh yang kuat dan tirus, kaki tegap dan bersayap kecil. Burung berasal dari New Zealand ini juga dikenali sebagai pencuri yang bijak tidak kira makanan atau apa sahaja objek yang dimahukan. Ia juga terkenal dengan ‘nyanyian’ yang sangat kuat ketika mencari pasangan.

2- Kasuari

KASUARI adalah burung besar tidak dapat terbang yang boleh ditemui di hutan tropika New Guinea dan bahagian timur laut Australia. Ketidakupayaan burung itu untuk terbang adalah disebabkan oleh badannya yang besar dan berat.

Pelik tapi benar! Lima burung tidak boleh terbang, nombor 5 terpaling panjang umur

Selain itu, burung ini kekurangan tulang lunas yang diperlukan untuk terbang. Bagaimanapun, kasuari mempunyai kelebihan melompat di tempat tinggi sehingga 213 sentimeter dari tanah.

3- Kiwi

TERDAPAT lima spesies kiwi dan semua burung ini tergolong dalam kumpulan terancam. Burung yang menjadi simbol New Zealand itu mempunyai sayap vestigial tersembunyi dan bulu lembut seperti rambut serta bersaiz ayam.

Pelik tapi benar! Lima burung tidak boleh terbang, nombor 5 terpaling panjang umur

Tidak seperti burung lain, kiwi mempunyai lubang hidung di hujung paruhnya, bukan di pangkal. Menariknya, saiz telur burung ini lebih besar daripada badan burung betina.
Sementara itu, masyarakat Maori di New Zealand menganggap burung tersebut berada di bawah perlindungan dewa hutan mereka, Tane Mahuta.

4- Penguin

KESEMUA 18 spesies penguin tidak dapat terbang, sebaliknya ia dicipta untuk menjadi perenang dan penyelam terbaik, di mana kebanyakan masa dihabiskan bagi aktiviti tersebut. Kakinya yang pendek dan berbadan montel menjadikan penguin haiwan comel disukai ramai.

Pelik tapi benar! Lima burung tidak boleh terbang, nombor 5 terpaling panjang umur

Penguin juga dikenali sebagai haiwan yang romantis. Ini kerana ia mencari pasangan yang sama setiap musim meskipun ada ratusan, bahkan ribuan burung tinggal di dalam koloni.

Walaupun orang cenderung mengaitkan penguin dengan Antartika, namun kebanyakan spesies burung ini hidup di latitud lebih tinggi. Bahkan, ada spesies yang hidup dalam iklim sederhana. Contohnya, penguin Galapagos sebenarnya tinggal di khatulistiwa.

5- Kakapo

KAKAPO juga dikenali sebagai burung hantu nuri berasal dari New Zealand. Burung nuri malam ini mempunyai gabungan unik burung hantu dan nuri. Ia juga berdiri seperti penguin dan gaya berjalan seperti itik serta bulu berwarna hijau coklat terang.

Pelik tapi benar! Lima burung tidak boleh terbang, nombor 5 terpaling panjang umur

Burung ini boleh membesar sehingga sehingga 64 sentimeter dan merupakan burung nuri terberat di dunia. Menariknya, kakapo dipercayai mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu sehingga 100 tahun.

Baca juga :

Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*