“Pelik dengan alasan… Wanita kesal kekasih ‘pusing cerita’ lepas putus tunang

PASANGAN yang bakal mendirikan rumah tangga pasti akan berdebar-debar menjelang hari bahagia.

Berbeza dengan wanita ini, dia diselubungi rasa sedih dan kecewa apabila majlis perkahwinan impian yang telah dirancang sejak sekian lama tidak dapat diteruskan.

“Kami sama-sama dapat tawaran bekerja di luar negara, jadi kami bertunang dulu sambil kumpul duit.

“Hampir dua tahun bertunang, dan semasa dalam perancangan untuk berkahwin… tiba-tiba tunang aku minta putus,” luahnya sambil menyatakan tempahan dewan untuk majlis kahwin telah dilakukan.

Lebih menyedihkan apabila bekas tunangnya menjadikan jumlah mas kahwin dan wang hantaran sebagai alasan untuk memutuskan ikatan yang telah terjalin.

Padahal lelaki itu sendiri telah bersetuju apabila perkara tersebut dibincangkan pada majlis pertunangan sebelum ini.

“Dia cakap tak cukup duit dan aku minta banyak sangat… (sedangkan) perkara bukan baru bagitahu semalam, hampir dua tahun dah bertunang.

“Baru sekarang rasa hantaran aku mahal?” luahnya sayu.

Meskipun pelik dengan alasan yang diberikan bekas tunangnya itu, dia cuba untuk mempertahankan ikatan yang terjalin.

Justeru dia membuat tawaran untuk membantu membiayaai sebahagian kos perbelanjaan bagi majlis perkahwinan mereka.

Namun, apabila hasratnya itu disuarakan, bekas tunangnya teragak-agak untuk menerima dan seolah-olah menyembunyikan sesuatu di belakangnya.

“Selepas aku tawarkan untuk bayar kos majlis pun dia macam teragak-agak, jadi aku tahu bukan sebab duit.

“Dia cakap dia sayang aku, suka aku tapi tak boleh kahwin dengan aku… kemudian dia cakap kenapa aku kena bersama dengan dia,” ujar wanita ini.

Menyedari terdapat ‘udang di sebalik batu’, wanita ini kemudian bersetuju dengan permintaan bekas tunangnya dan mengembalikan cincin meskipun dia juga mengeluarkan wang membayar separuh daripada harga aksesori itu.

Menyangkakan perkara tersebut selesai selepas persetujuan kedua-dua belah pihak, dia terkejut apabila bekas tunangnya bertindak mereka-reka cerita buruk tentang keputusan yang dibuat.

“Dia pergi canang kat semua orang yang aku bermasalah dan tak bertimbang rasa semasa minta hantaran dan kos majlis.

“Dia cakap yang dia memang dah 50-50 nak kahwin, jadi apabila aku tak ‘mengalah’ memang terus batalkan majlis… sedangkan depan aku dia cakap lain.

“Apa yang dia buat memang beri kesan pada aku, sekarang aku tinggal sendirian di negara orang,” luahnya sedih.

Luahan perasaan yang dibuatnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Selain memberi kata-kata sokongan, ramai yang mengkritik bekas tunangnya kerana tidak bertanggungjawab dan kedekut.

“Fikir sudut positif. Kau tak kahwin lelaki kedekut macam tu, kadang-kadang benda yang kita tak boleh kawal ni kita kena belajar lepaskan.

“Patut apabila putus tunang, dia kena bayar untuk ‘kerosakan’ tapi tak apalah. Lelaki tu bodoh, biad dia… awak layak yang lebih baik.

“Lelaki macam ni sebab dia ada perempuan lain kemudian dia rasa insecure dengan kau. Kau bijak dan aku percaya kau lebih dalam segalanya berbanding lelaki tu, dia rasa tercabar,” ujar beberapa warga maya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*