Pelajar IPTS pukul 2 lelaki guna kunci stereng dicekup

Polis menahan seorang pemandu kereta yang juga pelajar institut pengajian tinggi swasta kerana disyaki memukul dua lelaki menggunakan kunci stereng kereta dalam satu kejadian di jalan raya dekat Dengkil.

Pemangku Ketua Polis Sepang, Shan Gopal Karpal berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan selepas seorang daripada mangsa membuat laporan polis pada 12.17 tengah hari tadi, lapor Harian Metro.

Katanya, kejadian berlaku akibat rasa tidak puas hati suspek terhadap kedua-dua mangsa ketika memandu kereta di kawasan itu.

“Kejadian yang berlaku kira-kira 11.50 pagi itu yang menyebabkan kedua-dua mangsa cedera di kepala dan tangan.

Polis turut merampas satu kunci stereng yang digunakan untuk mencederakan mangsa, katanya.

Shan Gopal berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat.

Terdahulu, satu video yang memaparkan lelaki itu memukul kedua-dua mangsa menggunakan kunci stereng kereta di tengah jalan raya turut tular di media sosial.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*