Pelajar hamil dirogol bomoh ketika buang santau

Seorang remaja mendakwa hamil akibat dirogol pengamal perubatan tradisional ketika mendapatkan rawatan membuang santau.

Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata kejadian dipercayai berlaku pada November 2022 dan April lalu ketika mangsa 15 tahun yang ditemani ahli keluarganya ke rumah suspek berusia 50 tahun.

Katanya remaja itu membuat laporan di IPD Muar Jumaat lalu, dengan mendakwa dirogol suspek semasa proses perubatan.

“Mengikut keluarganya, mereka mahu mendapatkan rawatan kerana mangsa dan keluarga sering sakit dipercayai terkena santau.

“Mangsa mengetahui dirogol apabila mendengar sesi ceramah jenayah seksual di sekolah pada September, selain tidak datang haid,” katanya.

Susulan itu, katanya mangsa memaklumkan ibunya dan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan mengandung.

“Polis menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*