Pelajar berpaut pada pintu lori bergerak laju undang kecaman ramai

Perbuatan beberapa pelajar di Kota Parepare, wilayah Sulawesi Selatan yang ‘tergantung’ pada pintu lori yang sedang bergerak mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform media sosial, pelajar-pelajar itu dilihat berpaut pada pintu lori yang ternganga.

Lebih mengejutkan, aksi berbahaya itu dilakukan di tengah jalan raya ketika lori bergerak laju.

Menurut pegawai polis tempatan, AKP Adnan Leppang, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengelakkan kejadian serupa pada masa akan datang.

“Aksi ini sangat berbahaya bagi pelajar dan pengguna jalan raya yang lain.

“Kami sedang menyiasat untuk tindakan lanjut,” kata Adnan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*