“Pehhh…sakit hati! Customer’ tergamak bagi upah RM20 lepas baiki peti chiller, netizen luah rasa geram

Baru-baru ini, luahan cerita di sebuah akaun laman sosial yang menjalankan perkhidmatan Repair & Service alat mekanik seperti peti sejuk telah mendapat perhatian warga maya. Di mana, peti sejuk beku atau chiller untuk menyimpan kek yang siap dibaikinya telah diberikan upah sebanyak RM20 sahaja oleh seorang pelanggan.

Melalui perkongsian akaun Klinik Sejuk Beku, upah diberikan itu tidak langsung disangkakan. Hal ini kerana, jumlah asal dimintanya adalah sebanyak RM 150 yang meliputi kos Troubleshoot dan Repair. Ternyata, hantaran tersebut telah meraih perhatian warga maya yang bersimpati dan juga meluahkan rasa geram atas sikap pelanggan tersebut.

Dugaan aku hari ini. Customer (pelanggan) telefon merayu minta datang segera periksa chiller on trip satu rumah. Dan ada banyak kek dalam chiller. Minta datang segera nanti kek rosak katanya.

Aku pun dengan rasa simpati pusing jadual kerja untuk bantu customer yang kalut tadi supaya kek tak rosak. Perjalanan pergi dalam 34km lah juga, jarak aku dengan rumah customer itu. Dua kali pergi balik dah 68km.

Sampai sahaja kita periksa satu persatu cable wiring chiller itu mengunakan Multimeter Sanwa tak mahal pun rm1++ saja…tak jumpa short. Jadi, aku pakai Continuity Tester Meter harga dalam RM1k lebih sikit saja.

Periksa cari short barulah jumpa short dekat mana. Jadi untuk selamatkan kek customer, aku baiki buang yang short itu. Chiller pun boleh beroperasi semula.

Lepas itu, aku mintalah upah untuk datang Troubleshooting dengan Repair Rm150 saja.

RM 80 – Troubleshooting
RM 70 – Repair

Pelanggan cakap “kenapa mahal sangat?”

Customer cakap kenapa mahal sangat. Periksa saja pun bukan ada tukar barang yang mahal. Aku terus terkedu dengan perangai customer macam ini.

Aku suruh customer itu nilai sendiri kerja-kerja aku yang panas bawah bumbung sampai seluar dalam pun basah. Customer pergi masuk dalam bilik, keluar tengok hulur sebanyak RM 20 saja. Maka, aku ambil dengaan senyuman yang kurang ikhlas.

Balik sambil memandu terfikir, kepakaran bermain dengan Elektrik Short silap langkah hilang nyawa hanya dibayar sebanyak RM 20 saja. Zaman tahun 2024 kot.

Aku pun bersangka baiklah, mungkin ujian dari Allah nak bagi rezeki yang lebih baik dan terbaik di masa akan datang. Insha Allah.

Netizen rasa geram dan tak puas hati

Sementara itu, ruangan komen pada hantaran tersebut telah menerima perasaan geram dan tidak puas hati dalam kalangan warga maya terhadap sikap pelanggan itu yang tidak menghargai servis membaiki yang telah diberikan.

“Area Banting ada customer yang macam ini. Dulu pakai Harley Davidson, baru-baru ini dia dah jual. Pangkat besar orang kuat KLIA. RM 80 pun taknak bayar. Cittt,” luah seorang netizen yang mempunyai pengalaman sama.

“Saya kena RM7 je,” komen netizen lain.

“Pernah kena juga, sembang dinner dengan Dato itulah Dato inilah. Siap troubleshoot bagi harga macam itu. Akhirnya bagi RM10 je, kerja tengah malam pula itu,” kongsi cerita seorang netizen.

“Pehhh…sakit hati! Pernah kena dulu salam sauk je RM20, itu pun cakap untuk anak. Sejak dari itu, nak datang je bagitahu siap-siap segala kos bagai. Setuju baru datang,” komen seorang netizen.

Malah, ada juga beberapa warga maya yang memberi pandangan untuk deal dengan pelanggan agar tidak tanggung rugi pada masa akan datang. Antaranya:

“Lain kali abang bagi dulu sebut harga anggaran untuk troubleshoot dan repair, kalau dia setuju baru buat kerja, pedulikan kek dia nak rosak ke apa, kita pun ada harga diri (skill) serta kos nak buat kerja tu. Customer bukan tahu kita punya susah. Zaman sekarang ini payah nak cari makan. Saya sekadar memberi pandangan tak nak terima pun tak apa,” komennya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*