Pegawai kanan polis bersekedudukan dicekup JIPS

Seorang pegawai kanan polis yang disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah rumah di Cheras, semalam.

Difahamkan, penahanan itu dibuat menerusi serbuan dijalankan Cawangan Risikan Operasi JIPS, Bukit Aman kira-kira pukul 1.40 pagi.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, tangkapan dijalankan susulan maklumat terdapat aktiviti bersekedudukan melibatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, pegawai berkenaan ditahan bersama wanita yang tiada ikatan sah di kediaman terbabit.

“Siasatan masih dijalankan, setakat ini tiada pengesahan pekerjaan wanita yang ditahan bersama pegawai kanan polis berkenaan,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*