Seorang pegawai kanan Kementerian Sumber Manusia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam berhubung isu pengambilan pekerja asing.
BH difahamkan, pegawai berkenaan sebelum ini ditempatkan di pejabat Menteri Sumber Manusia, sebagai pembantu kanan.
Dalam penahanan itu, seorang lagi suspek yang dipercayai ejen pengambilan pekerja asing turut ditahan SPRM untuk membantu siasatan.
Dalam siasatan itu, SPRM juga dikatakan sudah menyerbu pejabat kementerian terbabit yang didakwa mengadakan proses pengambilan pekerja asing yang dikaitkan dengan KSM.
Sementara itu, usaha BH untuk mendapatkan pengesahan SPRM setakat ini masih belum berhasil.
Leave a Reply