Pasangan kekasih saman syarikat kerana dipecat

DUA individu memfailkan saman terhadap syarikat mereka selepas diberhentikan kerja kerana menjalinkan hubungan sulit dan bercium secara terbuka di tempat kerja.

Lelaki bernama Liu dan pasangannya, Chen, bekerja di sebuah syarikat farmaseutikal di wilayah Sichuan, barat daya China, lapor South China Morning Post.

Hubungan sulit pasangan itu terbongkar apabila isteri Liu mendedahkan rekod sembang intim mereka dengan kumpulan sembang (chat group) tenis syarikat dan pengurus besar pada Mac 2020.

Walaupun sudah ‘kantoi’ malah suami Chen telah bersemuka dengan Liu, pasangan tersebut belum serik dan meneruskan hubungan sulit mereka.

Pasangan tersebut juga dikatakan pernah dilihat berciuman di tempat kerja.

Sekumpulan pekerja bertindak menulis surat aduan kepada pengurus besar untuk meminta pihak atasan campur tangan.

Syarikat itu kemudian memecat Liu dan Chen.

Tidak berpuas hati, pasangan tersebut memfailkan saman terhadap syarikat.

Di dalam pembelaannya, pihak syarikat berhujah bahawa buku panduan pekerja dengan jelas menyatakan ia mempunyai ‘hak untuk memutuskan hubungan pekerja yang korup dari segi moral, mencemarkan reputasi syarikat dan mempunyai pengaruh negatif ke atas syarikat’.

Mahkamah menerima pembelaan tersebut dan menolak tuntutan saman pasangan berkenaan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*