PAS ambil dua lagi kerusi BERSATU di Kelantan

PAS Kelantan berkemungkinan akan mengambil dua lagi kerusi milik Bersatu untuk ditandingi parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Jika ia menjadi kenyataan, bermakna PAS akan meletakkan calon di 39 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan dalam dewan undangan negeri (DUN) terbabit.

Bersatu pula hanya bertanding di enam kerusi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Mohd Amar Abdullah, berkata sebelum ini kedua-dua parti memutuskan PAS bertanding di 37 kerusi dan lapan kerusi ditandingi Bersatu.

“Mungkin akan bertambah (kerusi) PAS di Kelantan. Sebab kita minta supaya daripada lapan kerusi yang dimenangi Umno itu diberikan dua kerusi kepada PAS.

“Setakat ini Bersatu bersetuju dengan cadangan kita iaitu memberi dua kerusi lagi, manakala mereka bertanding di enam kerusi.

“Bagaimanapun keputusan akhir belum dibuat lagi,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco kerajaan Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan, pembahagian kerusi PRN Kelantan selesai dan menyaksikan PAS bertanding mempertahankan kerusinya di 37 DUN, manakala Bersatu lapan kerusi.

Sementara itu, Pengerusi Bersatu Kelantan Kamaruddin Md Noor ketika ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru itu berkata, pihaknya akur dengan pengagihan kerusi tersebut.

“Saya sudah dimaklumkan perkara ini beberapa hari lalu, yang penting adalah kita menang di Kelantan bukannya berebut kerusi siapa yang banyak bertanding” katanya ringkas ketika dihubungi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*