Part 3 : Tuduhan RM92.5 bilion: Adakah Mahiaddin bakal didakwa?

Kita tahu berdasarkan laporan media, SPRM dijangka akan memanggil Mahiaddin dan beberapa ahli politik lain yang pernah menjawat jawatan menteri sebelum ini.

Gosip yang agak kuat dan kencang yang diperkatakan adalah mantan menteri kesihatan juga mungkin akan dipanggil oleh pihak SPRM bagi membantu agensi itu melengkapkan siasatan mereka berkaitan isu ini.

Berasaskan gosip tersebut, timbul pula gosip yang berkaitan iaitu dikatakan dengan wujudnya dakwaan penglibatan mantan menteri kesihatan dalam isu RM 92.5 bilion itu, mungkinkah wujud juga isu pemerolehan vaksin Covid-19?

Dalam laporan yang disediakan oleh United Nations On Drugs and Crimes (UNODC), agensi PBB berkaitan dadah dan jenayah itu sendiri mengakui bahawa wujud potensi ketikdaktelusan dan rasuah dalam isu vaksin covid-19 ini, khususnya semasa proses pengedaran dan peruntukan vaksin covid-19.

Laporan itu juga memetik kenyataan Setiausaha Agong PBB, António Guterres bahawa “rasuah menjadi lebih parah lagi semasa waktu krisis-ketika dunia sedang berhadapan isu Covid-19” pada sekitar Oktober tahun 2020.

Beliau juga menyatakan bahawa pandemik mencipta peluang baru untuk rasuah.

Untuk berlaku adil kepada mantan menteri kesihatan, media melaporkan bahawa laporan terperinci pemerolehan vaksin di bawah Pelan Imunisasi Nasional (NIP) telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen (PAC).

Berkaitan isu vaksin ini, agak ramai juga pihak yang mempersoalkan isu ketelusan dalam soal perbelanjaan bagi mendapatkan vaksin itu. Apatah lagi Muhyiddin dilapor menambahkan peruntukan program imunisasi Covid-19 dari RM3 bilion kepada RM5 bilion untuk mencapai fasa “herd immunity” pada bulan Disember 2021 dan bukannya februari 2022.

Dalam kenyataan rasminya baru-baru ini, beliau menyangkal dakwaan kononnya penyelewengan dalam isu ini. Beliau menyatakan bahawa dakwaan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah palsu.

Mahiaddin menggunakan kenyataan mantan menteri kewangannya untuk mengesahkan bahawa segala perbelanjaan pakej rangsangan ekonomi berkaitan Covid-19 telah diurus secara telus untuk menguatkan hujahnya terhadap Anwar.

Muhyiddin mungkin lupa bahawa suatu masa dahulu ramai pihak yang mendakwa bahawa 1MDB juga telah diurus dengan telus! Apa yang berlaku ianya bukan telus tapi banyak yang BOLOS !

Malahan mantan AG pernah dikatakan meletakkan status IMDB kepada “NFA” – “No Further Action”.

Tetapi…. bila akhirnya terbongkar segala cerita, dari NFA akhirnya ia bertukar kepada “National Embarassment!”

Apapun, media melaporkan Anwar sebagai berkata “saya temui banyak kecurangan dalam fail Kementeriam Kewangan” semasa menghadiri satu program di Terengganu.

Ada banyak perbezaan makna di antara ketelusan dan kecurangan!

Begitulah sedikit coretan saya berkenaan isu ini.

Kita tidak pasti adakah Muhyiddin akan didakwa atas isu ini.

Kita tunggu dan lihatlah sahajalah nanti.

Wallahua’lam beeshawab.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*