“Panik Malaysia henti eksport ayam…” Singapura jual KFC RM3.8 juta, popcorn ‘chicken’ RM1.9 juta

“Panik Malaysia henti eksport ayam…” Singapura jual KFC RM3.8 juta, popcorn ‘chicken’ RM1.9 juta.

Susulan pengumuman Malaysia yang akan menghentikan eksport ayam segar ke Singapura, rakyat negara itu telah bertindak menjual makanan berasaskan ayam seperti ayam goreng dan nuget di platform jual beli barangan terpakai, Carousell, antaranya pada harga mencecah S$1.2 juta (RM3.8 juta).

Tindakan terdebut menjadikan Singapura sebagai bahan ketawa media sosial.

Singapura jual KFC RM3.8 juta, popcorn 'chicken' RM1.9 juta - Panik Malaysia henti eksport ayam
Singapura jual KFC RM3.8 juta, popcorn ‘chicken’ RM1.9 juta – Panik Malaysia henti eksport ayam

“Disebabkan permintaan yang meningkat dan bekalan rendah, ini adalah peluang terakhir anda untuk menikmati hidangan ayam sebelum ia pupus untuk generasi akan datang.” – @Nuclearbeast.

Ayam goreng KFC juga diisytiharkan sebagai barang ‘limited’ dan sukar didapati hingga hidangan tersebut mencecah RM3.8 juta, lapor seorang pengguna media sosial.

Selain itu, hidangan ayam popcorn sejuk beku juga diklasifikasikan sebagai edisi terhad dan dijual dengan harga lebih S$60,000 (RM1.9 juta).

Seterusnya, sepinggan nasi ayam Hainan berharga lebih S$1,000 (RM3,195), sepinggan ayam goreng pada harga S$20,000 (RM63,916) dan juga sekotak McNuggets berisi empat ketul nuget yang memiliki harga S$500 (RM1.597).

Walaubagaimanapun, menurut Desmond Tan (Menteri Negara bagi Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura) berkata, rakyat mereka tak perlu melakukan sebarang ‘panic buying’ kerana bekalan mencukupi untuk semua orang.

Menurut beliau, NTUC mempunyai stok ayam selama berbulan-bulan dan lebih banyak lagi akan diterima dalam masa terdekat.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*