Panas !!! Tajuddin ‘berang’ dilayan seolah-olah ‘orang tepi jalan’.
Ahli Parlimen Pasir SalakTajuddin Abdul Rahman menyifatkan kritikan terhadapnya berhubung pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia sebagai tidak adil.
Oleh itu katanya, dia tidak mahu mengulas kritikan orang ramai terhadapnya dan mengambil pendekatan berdiam diri buat masa ini.
Namun, tegas Tajuddin dia bukanlah ‘orang tepi jalan’ yang perlu dilayan sedemikian rupa.
“Saya tidak mahu buat kenyataan menceceh sana sini dan cuma urut dada membaca macam-macam yang orang tulis. Sebahagiannya tidak adil kepada saya.
Turut baca
- Pilu !!! Rupanya ini panggilan terakhir ‘ayah’
- Apabila tibanya Hari Kiamat… dan selepasnya
- {VIDEO} Kisah misteri tersembunyi di sebalik pulau lagenda Langkawi terbongkar
“Mereka tidak kenal saya, cuma tahu saya orang tua sedangkan saya sudah berkhidmat dengan kerajaan, negara dan rakyat lebih 45 tahun lalu sejak berusia 25 tahun lagi. Tetapi saya dilayan seolah-olah seperti saya ‘orang tepi jalan’,” katanya..
Pada 18 Mei lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baru telah mendapat persetujuan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).
Ismail Sabri berkata dia difahamkan Tajuddin telah mendapat surat daripada Presiden Indonesia yang bersetuju dengan pelantikan itu.
“Kita telah setuju lantik (Tajuddin sebagai duta) dan Indonesia juga setuju,” kata Ismail Sabri.
Mengulas lanjut, Tajuddin berkata dia akan bersuara apabila tiba masanya nanti.
“Sebab itu saya nak diam saja dan bercakap apabila sampai masanya,” katanya lagi.
Tajuddin berkata, dia dijangka berangkat ke Indonesia untuk memulakan tugasan baru itu pada minggu depan.
Ditanya adakah dia akan melembutkan nada komunikasinya sebaik saja berkhidmat di Indonesia, Tajuddin menegaskan isu berkenaan bukan perkara penting.
Sebaliknya yang utama ialah keikhlasan dan komitmen terhadap kerja.
“Saya nak turunkan nada dari segi apa? Seorang pejuang tidak sesekali akan menurunkan nada,” katanya lagi.
Leave a Reply