Panas !!! Group bertukar pasangan suami isteri wujud di facebook diserang netizen

Panas !!! Group bertukar pasangan suami isteri wujud di facebook diserang netizen. Group bertukar pasangan suami isteri wujud di facebook, “semua melayu pulak tu”. Facebook merupakan medium untuk memudahkan penggunanya bersosial dan mencari maklumat. Malah, wujud pelbagai kumpulan dicipta bagi berkongsi minat yang sama.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @emrhaqim berkongsi akan kewujudan ‘swinger group’ ataupun dikenali tukar pasangan suami isteri di Facebook untuk tujuan persetubuhan. Menurut beliau, dirinya secara tidak sengaja menjumpai group tersebut apabila membuat carian berkaitan tukar nama hak milik di JPJ.

Haqim yang berasa hairan dengan nama group tersebut iaitu tukar pasangan suami isteri membuat keputusan untuk menjengah ke dalam group. Beliau berasa terkejut apabila melihat ada suami dan isteri yang menawarkan diri untuk melakukan hubungan seksual dengan pasangan lain secara sukarela.

Bukan itu sahaja, dapat dilihat ahli dalam group tersebut seperti tidak malu untuk menawarkan diri dan mencari pasangan yang sudah berkahwin untuk melakukan hubungan seksual.

Isu ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana wujud golongan ‘swinger’ ini di Malaysia. Malah, pihak berkuasa harusnya memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan.

Para netizen turut sudah ‘menyerang’ group tersebut dengan membuat aduan di Facebook dan memberikan komen di dalam group tersebut. Ada juga netizen yang mengatakan isu ini pernah dibangkitkan dan dikupas Mastika sebelum ini.

Perbuatan menukar pasangan walaupun secara sukarela adalah satu perbuatan terkutuk dan tidak seharusnya perkara ini terjadi. Untuk pengetahuan anda, ‘swinger’ secara amnya merujuk kepada seseorang yang terlibat dengan perbuatan seksual secara kumpulan ataupun bertukar pasangan seksual.

Turut baca :

Panas !!! Group bertukar pasangan suami isteri wujud di facebook diserang netizen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*