Panas !!! Ekoran hentikan bayaran kepada waris Kesultanan Sulu, Najib berdepan laporan polis besar-besaran

Ekoran hentikan bayaran kepada waris Kesultanan Sulu, Najib berdepan laporan polis besar-besaran.   Sebanyak 43 laporan polis dibuat terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak, di Hulu Selangor, berhubung dakwaan kecuaian berkaitan tuntutan waris Kesultanan Sulu.

Ketua Bahagian PKR Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan, berkata laporan itu dibuat bagi membolehkan kertas siasatan dibuka dan tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen Pekan itu.

“Tuntutan ini bermula ekoran keputusan pentadbiran Najib menghentikan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu, pada 2013.

“Sekiranya beliau (Najib) tidak cuai dalam menjalankan tugas sebagai perdana menteri, beliau telah memastikan semua langkah diambil bagi menghalang dan menangani tindakan undang-undang susulan setelah bayaran itu dihentikan,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.

Turut baca

Tambahnya, keputusan Najib itu dikatakan mencetus tindak balas waris Kesultanan Sulu yang memulakan saman di peringkat antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia.

Sathia juga menggesa parti lain, selain PKR dan rakyat bersatu menyatakan pandangan mereka.

Beliau memohon polis mengambil tindakan secepat mungkin.

Selain Sathia, laporan polis terhadap Najib mengenai dakwaan kecuaian berkaitan tuntutan waris Kesultanan Sulu difailkan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dan Naib Presiden Nik Nazmi Nik Ahmad, di Balai Polis Setiawangsa.

Semalam, Rafizi turut memanjangkan jemputan kepada aktivis akar umbi dari Amanah dan DAP untuk membuat perkara sama.

Ahad lalu, Rafizi ketika berucap dalam Kongres PKR menggesa laporan polis dibuat terhadap Najib berkaitan dakwaan waris Kesultanan Sulu menuntut pampasan berbilion ringgit kerana menyerahkan kedaulatan ke atas Sabah.

Susulan itu, Najib mencabar ahli PKR membuat laporan polis terhadapnya setiap kali beliau didakwa berbohong di media sosial, dan berkata, beliau tidak sesekali takut.

Menurut Financial Times, pada 12 Jul, berkata waris Kesultanan Sulu merampas dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan, yang dikatakan menuntut RM62.59 bilion daripada kerajaan Malaysia.

Peguam pihak yang menuntut dilaporkan merampas aset Petronas didaftarkan di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, menurut Financial Times.

Laporan itu menyebut, tindakan merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus itu sebahagian daripada tindakan undang-undang dikemukakan, pada 2017, oleh waris Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British, pada 1878.

Bagaimanapun, kerajaan berkata, perintah itu tidak sah, manakala Petronas menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berasas.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*