PANAS | “Disyaki langgar titah Sultan…” JAIS siasat surau guna pembesar suara waktu kuliah subuh

Sejak semalam, kecoh di media sosial akan dakwaan seorang lelaki mengamuk di sebuah surau di Ampang Campuran kerana menggunakan pembesar suara untuk menyampaikan kuliah subuh.

Kejadian itu kemudian menjadi campur tangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.

PANAS | "Disyaki langgar titah Sultan..." JAIS siasat surau guna pembesar suara waktu kuliah subuh

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, JAIS telah mengeluarkan arahan kepada pentadbir masjid dan surau seluruh Selangor pada 23 Oktober 2017 berhubung penggunaan pembesar suara luar tidak dibenarkan untuk sesi kuliah.

Tambah Shahzihan, itu adalah selaras titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris berhubung pembesar suara pada 16 Oktober 2017.

PANAS | "Disyaki langgar titah Sultan..." JAIS siasat surau guna pembesar suara waktu kuliah subuh
Shahzihan

“Sultan Sharafuddin dengan jelas menitahkan bahawa penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah hendaklah dihadkan di dalam ruang atau dewan masjid dan surau sahaja.

“Pembesar suara luar hanya boleh digunakan bagi tujuan azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran bagi tempoh pendek sebelum azan dilaungkan,” -Shahzihan

Titah baginda dibuat agar imej dan kemuliaan agama Islam sebagai suatu sistem cara hidup yang sempurna dan dinamik.

“Justeru, siasatan lanjut akan dibuat mengikut Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995 kerana disyaki berlakunya satu perbuatan melanggar titah Sultan Sharafuddin atas sifat baginda sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini,” -Shahzihan

Turut baca

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*