PANAS | Dedah ‘kisah hitam’ secara terbuka, NGO persoal tujuan sebenar ‘Youtuber’

Dedah ‘kisah hitam’ secara terbuka, NGO persoal tujuan sebenar ‘Youtuber’.  Jika ada pihak beranggapan ‘broadcast’ yang dilakukan oleh ‘Youtuber’ itu sebagai satu langkah terbaik untuk menyebarkan kesedaran, namun tidak bagi Datuk Raj Karim.

Beliau yang juga merupakan Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia beranggapan bahawa itu merupakan satu bentuk eksploitasi seksual dan perlu diambil tindakan.

“Apa tujuan Youtuber tu? Dengan pendedahan melalui temu bual itu, kanak-kanak terbabit sudah dieksploitasi sebanyak dua kali iaitu oleh bapanya (jika benar dakwaan) dan pihak menemu bualnya.” – Raj Karim.

Sehubungan itu, beliau berkata mana-mana pihak yang terbabit dalam penyiaran kandungan di media sosial perlu mengikut garis panduan ditetapkan bagi mengelakkan mereka mengeksploitasi golongan berkenaan demi mengejar tontonan yang tinggi.

“Kita ada garis panduan jika ingin menemu bual kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual termasuk mendapat kebenaran dari ibu atau bapa mereka dan tidak boleh dilakukan di tempat awam.

“Kalau di pihak kebajikan yang ingin menemubual mangsa penderaan seksual perlu adanya kaunselor dan perlu peka terhadap gangguan emosi mangsa.

“Kita sendiri tidak tahu bagaimana Youtuber ini mendekati pelakon ini namun yang pasti tindakannya itu adalah tidak betul kerana ia disiarkan secara terbuka,” -Raj Karim.

Berkenaan tindakan pelakon remaja itu pula, Raj berpendapat bahawa mangsa sepatutnya mendapatkan pertolongan daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan membuat laporan polis.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*