Paksa ibu telan 20 biji pil tidur sebelum cekik sampai mati, sumbat dalam bag

Gambar sekadar hiasan

Pihak polis telah menahan seorang ahli fisioterapi selepas dia datang ke balai polis bersama-sama sebuah bagasi yang berisi mayat ibunya.

Memetik laporan Mirror UK, ahli fisioterapi berkenaan dikenali senagai Sonali Sen bertindak menyumbat mayat ibu kandungnya di dalam bagasi sebelum datang ke balai polis Bengaluru, Karnataka di India pada Isnin.

Polis mendapati mayat wanita berusa 71 tahun itu berada dalam keadaan meringkuk.

Menurut Ketua Polis tempatan C.K. Baba, berdasarkan pengakuan suspek, dia dilaporkan telah memaksa mangsa untuk menelan 20 biji pil tidur sebelum mencekik ibunya yang dikenali sebagai Biva Pal itu dengan selendang.

Sonali Sen memberikan kira-kira 20 pil tidur kepada ibunya pada pagi Isnin. Selepas ibunya mengadu sakit perut akibat pengambilan pil itu, dia kemudian dicekik hingga mati oleh anak perempuannya sendiri.

Kira-kira jam 11 hingga 11.30 pagi, wanita itu mencekik ibunya dengan selendang selepas suaminya pergi bekerja.

Dalam pada itu, polis juga menemukan bingkai gambar suami ibunya yang disembunyikan di dalam bagasi yang sama.

Sementara itu, hasil siasatan polis juga mendapati ibu kandung Sonali dan mentuanya kerap bergaduh.

Sen ialah anak tunggal ibu bapanya. Dia telah menjaga ibunya sejak lima tahun lalu. Mangsa mempunyai beberapa masalah kesihatan.

Ketika pembunuhan itu berlaku, ibu mentuanya dan anaknya turut berada di dalam rumah itu tetapi di dalam bilik yang berbeza.

Pihak polis percaya bahawa suspek berkemungkinan mengalami tekanan yang teruk ketika tinggal bersama anak lelakinya yang autistik ditambah lagi perlu menguruskan ibu serta mentuanya.

Suspek berusia 39 tahun itu juga tidak mempunyai sejarah penyakit mental tetapi mengambil ubat tekanan darah tinggi.

Susulan itu, Sonali kini disiasat kerana membunuh ibu kandungnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*