Pakar bimbang Hamidin ‘rosakkan’ FAM jika terus kekal

PEMERHATI bola sepak tempatan, Sadek Mustaffa meluahkan kebimbangan sekiranya tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih dikendalikan oleh individu yang sama.

Menerusi satu hantaran video di X, Sadek menyifatkan Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin sebagai individu yang sudah tidak relevan untuk menerajui badan induk bola sepak tanah air itu.

Menurutnya sukan bola sepak tanah air akan ‘rosak’ sekiranya badan induk tersebut terus diterajui oleh Hamidin.

“Pendapat saya, Hamidin tidak boleh kekal untuk penggal ketiga. Saya rasa dia akan merosakkan bola sepak tanah air. Maafkan saya tetapi dia akan terus menghalang. Jika ini berlaku di korporat biasa, sudah lama mereka dipecat,” katanya.

Menurut Sadek, seorang pemimpin yang ikhlas perlu memberi ruang kepada generasi baharu jika mereka tidak dapat memberikan khidmat terbaik.

Tambahnya lagi, keikhlasan dan pengorbanan untuk negara adalah kunci kejayaan bersama.

“Saya ingin mengatakan isu yang sering dibangkitkan mengenai Sunnah. Mereka yang berada dalam komiti FAM kebanyakan adalah orang Melayu dan Islam.

“Adakah mereka mengamalkan sifat-sifat Sunnah seperti Sidiq, Amanah, Tabligh, Fatanah? Itu yang mereka persoalkan.

Baca juga :

“Bukan niat saya untuk menyuruh mereka tepuk dada, tapi mereka perlu bertanya dan melakukannya dengan ikhlas. Jika mereka merasakan tidak memberi khidmat yang terbaik, mereka harus dengan ikhlas mengundur diri dan memberi ruang kepada generasi baru untuk mengurus.

“Kita perlu berjiwa besar, kita semua pernah berada di pentas yang sama, tetapi persoalannya, sejauh manakah kita mempunyai individu yang berjiwa besar untuk mengurus sukan, bukan hanya bola sepak, yang lebih mengutamakan kepentingan negara lebih tinggi daripada kepentingan diri?,” ujarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*