Pakaian dalam dikebas, wanita lapor polis

Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita berhubung kejadian seorang lelaki yang bertopi keledar bertindak mencuri pakaian dalam miliknya di Titi Teras, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa warga tempatan membuat laporan polis pada pukul 10.30 pagi.

Menurutnya, pengadu menyedari yang pakaian dalam kepunyaannya yang disidai di ampaian di hadapan rumah di Taman Titi Height telah tiada.

“Wanita tersebut kemudiannya memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di rumahnya dan mendapati seorang lelaki tidak dikenali telah mengambil pakaian dalamnya itu.

“Suspek kemudiannya beredar dari rumah wanita berkenaan dengan menunggang motosikal. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 60 saat memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal mencuri pakaian dalam wanita yang disidai di ampaian.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*