Pakai kopiah, tudung tapi jual sate ular buat ramai ‘terkedu’

Tular satu posting di Twitter mengenai pendedahan menegejutkan tantang makanan di negara seberang yang menggunakan daging ular sebagai sate!.

Malahan, ketika di ‘scroll’ posting Twitter berkenaan, lebih galau apabila melihat penjualnya seorang yang memakai kopiah dan bertudung, buat pelancong keliru!.

Perkongsian Twitter Malaysia Most Viral menunjukkan video penjual yang lengkap memakai tudung dan kopiah, selamba berjualan sate yang dibuat dari daging haiwan-haiwan seperti biawak, ular, cicak dan banyak lagi!.

Lebih buat para netizen meremang adalah, cara mereka menagkap haiwan berbisa itu dengan tangan dan menyiang haiwan tersebut sebelum dicucuk ke lidi sate.

Menurut pengguna Twitter itu lagi, peniaga yang memakai tudung dan kopiah tidak membuktikan seseorang itu beragama Islam, terutamanya ketika melancong di negara jiran.

Susulan posting yang tualr itu, seorang bekas pelajar yang pernah menuntut di Indonesia menceritakan penagalaman ngeri mengenai bakso yang dibuat dari daging tikus!.

Menurut pengguna dikenali sebagai @orange_lemonade, dia sudah meninggalkan pesanan kepada para pelajar Malaysia supaya tidak memakan bakso di warung kerana dipercayai menggunakan tikus sebagai bahan utama.

Namun begitu, mereka langsung tidak percaya malahan berkeras dan yakin bahawa penjual seoranh Muslim selain menyatakan bakso tersebut sedap.

Turut baca

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*