Pak guard sekolah komplot noda pelajar 13 tahun bersama dua remaja

PETALING JAYA – Tiga lelaki termasuk dua remaja berusia 15 tahun ditahan kelmarin selepas disyaki memperkosa gadis 13 tahun di sebuah sekolah sekitar Kota Damansara, di sini, 1 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, suspek yang berusia 15 hingga 24 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Katanya, gadis berkenaan difahamkan berkenalan dengan suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelajar di sekolah sama melalui media sosial.

“Mangsa dijemput suspek bersama seorang lagi rakannya yang merupakan pengawal keselamatan sekolah mereka dengan menaiki kereta dengan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

“Selepas itu, mangsa dibawa ke sebuah kelas di sekolah berkenaan sebelum dirogol dua suspek itu kira-kira 12.50 tengah malam,”

Menurut beliau, pengawal keselamatan berusia 24 tahun itu berkomplot dalam membantu membuka kelas di sekolah terbabit.

Kemudian, datang seorang lagi suspek ketiga yang juga berusia 15 tahun turut melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa.

“Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bermula semalam sehingga 2 Julai ini,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*