Lelaki orang kelainan upaya (OKU) kategori mental, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, yang tular selepas dipukul di Pasar Pagi Padang Astaka, Chukai, Kemaman pada minggu lalu menerima hadiah pakej mengerjakan umrah oleh individu menggelarkan dirinya sebagai ‘Datuk Seri Sultan Pemurah’.
Pakej mengerjakan umrah tersebut disampaikan Pengerusi Pertubuhan Idealis Anak Muda, Wan Mahussin Wan Zain kepada isteri mangsa, Faridah Abdul Karim, 44, di Kuala Ibai di sini semalam.
“Pakej tajaan umrah ini merupakan tajaan ‘Datuk Seri Sultan Pemurah’ yang juga Pengerusi Yayasan Global Mesra berasal dari Pulau Pinang.
“Mereka tujuh beranak (Ahmad Nor Al Faizan, isteri dan lima anak) akan mengerjakan umrah pada 25 Mei depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Difahamkan pakej mengerjakan umrah buat keluarga mangsa yang mesra dipanggil Paijang bernilai hampir RM100,000.
Wan Mahussin berharap peluang mengerjakan ibadah umrah berkenaan memberi manfaat kepada dan keluarganya mendekatkan diri dengan Allah di sebalik ujian dihadapi ketika ini.
Sementara itu, Faridah terharu dengan keprihatinan rakyat negara ini tentang nasib suaminya.
“Tak ada kata-kata yang mampu saya luahkan atas semua pertolongan ini. Saya dan lima anak terlalu gembira menerima pakej umrah ini. Tidak sabar kami nak ke Tanah Suci,” katanya.
Baca juga :
{VIDEO} Abang rider bikin konvoi motosikal berkuasa tinggi ‘koyak’, selamba potong dilaluan mencabar
Selepas Indonesia, Thailand pula dedah perkara yang ‘menakutkan’ mengenai Malaysia
Selepas Indonesia, Thailand pula dedah perkara yang ‘menakutkan’ mengenai Malaysia
Leave a Reply