Padah raba payudara, punggung wanita, 2 lelaki dibelasah secara berjemaah

DUA pemuda diserang oleh sekumpulan orang awam selepas didakwa meraba payudara dan punggung dua wanita di tepi pantai.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri daripada sekumpulan wanita.

Kedengaran wanita berkenaan menjerit meminta tolong, menyebabkan beberapa penunggang motosikal dan lelaki lain yang berada di kawasan itu datang membantu.

Serangan berlaku di Pantai Patayya, Thailand kira-kira 5.30 pagi Khamis.

Pergaduhan itu mengakibatkan lima cedera termasuk dua lelaki warga India, dua wanita warga Thailand dan seorang penunggang motosikal.

Menurut laporan Channel 7, enam lelaki warga India dikatakan mendekati dua wanita warga Thailand yang sedang berdiri di tepi pantai.

Ketika berbual dengan wanita berkenaan, dua daripada kumpulan lelaki itu didakwa memegang payurdara dan punggung mangsa.

Salah seorang daripada lelaki itu turut dilaporkan merakam video serangan, yang membangkitkan kemarahan wanita Thailand.

Mereka meminta lelaki India tersebut memadamkan video berkenaan tetapi enggan melakukannya.

Pihak polis kemudian tiba di lokasi kejadian untuk melakukan siasatan, manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital.

Bagaimanapun, kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Sebagai peringatan, perbuatan mencabul dan keganasan adalah salah di sisi undang-undang, maka semua perlu menjauhinya.

Baca juga :

Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*