Padah pergi minum tinggalkan pesakit kritikal, 2 doktor diarah bayar RM5.9 juta

Dua orang doktor dan beberapa orang jururawat diarah membayar RM5.9 juta disebabkan tindakan pergi minum tinggalkan pesakit kritikal sehingga mengalami pendarahan dan membawa kepada kematian.

Memetik laporan dari Harian Metro, Mahkamah Tinggi Klang memutuskan Dr M Shanmugam, Dr A Ravi, dan jururawat Izaniey Nataliah Jukimin, Nur Aida Mat Isa, dan Nessy Yasah, perlu membayar ganti rugi RM5.9 juta kepada keluarga mendiang M Punita dalam kes kecuaian perubatan yang menyebabkan kematian wanita tersebut semasa mendapatkan rawatan.

Pergi minum tinggalkan pesakit kritikal dalam jagaan jururawat tak berdaftar

Difahamkan, mendiang M Punita, 36 telah meninggal dunia beberapa jam bersalin di Pusat Materniti dan Bersalin Shan milik Dr Shanmugam pada 9 Januari 2019 disebabkan pendarahan selepas bersalin.

Menerusi prosiding di mahkamah, Punitha yang melahirkan anak kedua telah mengalami pendarahan selepas plasentanya keluar secara manual.

DR Ravi telah memberi jaminan bahawa pesakit berada dalam keadaan stabil dan meninggalkan klinik serta membiarkan mendiang berada di bawah jagaan jururawat tidak berdaftar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala, Dr M Shanmugam juga kelihatan keluar dari bilik bersalin dan meninggalkan mendiang dalam jagaan dan pengawasan tiga jururawat yang sama.

Doktor pergi minum tinggalkan pesakit kritikal alami pendarahan

Risau akan keadaan anaknya, ibu kepada Punitha telah memasuki ruangan tersebut dan mendapat wanita itu mengalami pendarahan dan jururawat yang menjaganya sedang menekap kapas bagi menghentikan pendarahan tersebut tanpa kehadiran kedua-dua orang doktor tadi.

Susulan daripada itu, Punitha telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang sebagai usaha menyelamatkan nyawanya.

Doktor di HTAR menyifatkan keadaan Punitha kritikal semasa ketibaan, dengan kehilangan darah yang ketara dan mengalami pembekuan intravaskular (DIVC).

Pusat bersalin dipercayai kekurangan perubatan asas

Disebabkan itu, Hakim Norliza Othman dalam keputusannya menyatakan Klinik Shan kekurangan bekalan perubatan asas, termasuk ubat untuk mengawal pendarahan rahim dan peralatan untuk menguruskan komplikasi selepas bersalin.

Mahkamah juga menekankan kegagalan doktor untuk bertindak segera dan menangguhkan pemindahan pesakit ke hospital yang dilengkapi peralatan bagi mengendalikan kecemasan sedemikian turut menjadi punca kematian pesakit tersebut.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*